Selasa, 30 Disember 2008

berkampong di Sabah

26hb dis. tempohari, saya telah pun berada di bumi Sabah. Pada pandangan saya tiada bezanya keadaan disini dengan semenanjung hanya perbezaan bahasa dan budaya.

Sekarang saya sibuk menguruskan penempatan untuk sekolah baru. Hati berdebar juga menantikan saat bertemu murid, guru2 dan kawan baru. Tak sabar pun ada kerana dah lama sangat bercuti.

Rabu, 17 Disember 2008

cuti sebulan, jogging sehari


Raya Haji baru ni saya balik kampung di pantai timur. Hujan mengiringi perjalanan saya dan keluarga. Seronok juga tak panas terik bawa kereta. Tapi dalam seronok tu ada juga halangannya. Nak buat macam mana? Dah kejadian alam begitu, banjir datang dan pergi tak menentu.
Bagaimanapun saya tabahkan hati dalam menghadapi segala kesulitan. Walau terpaksa bermalam di masjid satu kawasan kampung, hasrat untuk bertemu kedua ibubapa dan adik-adik tak pernah luntur. Akhirnya pukul 5 pagi saya mengucap salam dihadapan pintu rumah. Alhamdulillah, sampai juga.
Seminggu lebih dikampung tiada aktiviti yang menyegarkan. Suasana mendung setiap hari. Air ditalian naik mencecah jalan tar dikampung saya. Anak-anak saudara berduyun turun main air hujan dengan berpayung dan menyingsing seluar. Selepas beberapa hari baru ada peluang saya berjogging. Kebetulan ada bawa balik kasut sukan. Isteri pula mendesak, saya pergi pun kerana terpaksa. Berjogginglah saya dan isteri keliling kampung. Sempat juga si pacat naik kebetis...........hemm...sedap agaknya darah orang dah lama tak balik!!