Selasa, 28 Julai 2009

Main bowling waktu malam


'Geng Bukan Cincai!!'
Best juga sekali sekala berkumpul dengan kawan2. Ini saja aktiviti yang mampu saya jalani setakat ini. Maklumlah, dah lama saya tidak aktif seperti di semenanjung.
Kalau dulu masa saya di penuhi dengan mengajar di pusat tusyen waktu malam, kini saya boleh bersantai main bowling untuk melepaskan stress walaupun sebenarnya takde masalah besar di sekolah saya sekarang.
Saya gembira dengan cara hidup saya sekarang. Di kelilingi oleh teman2 yang sporting dan baik2 semuanya (hehe......ada sesiapa nak belanja saya?)

Khamis, 16 Julai 2009

Kawan baik






Saya kenal kawan saya ni sejak dari zaman universiti lagi. Sehingga sekarang, kami masih lagi berhubung, samada di talipon atau berjumpa sekali sekala jika dia turun KK. Anak2 kami juga nampak selesa bermain sama seolah2 mereka telah kenal lama padahal baru tahun ni jumpa.


Beberapa minggu lepas, teman saya ni berkunjung kerumah. Kami pelawa dia sekeluarga makan tengahari. Seronok sungguh bila dapat berkumpul dua keluarga dan saya pasti satu hari nanti saya akan ke kampung kawan saya ini bila ada kesempatan.