Selasa, 31 Mac 2009

SMK SRI NANGKA, TUARAN






































Assalammualaikum............
Lama sungguh saya tidak menulis kerana tiada idea menarik buat masa ini. Ini pun saya upload gambar-gambar sekolah adik lelaki saya yang bertugas sebagai guru juga di Sabah. Saya memahami perasaan emak dan abah serta keluarga di semenanjung yang tidak tau bagaimana keadaan anaknya yang baru mengajar. Mesti mereka bimbang memikirkan atau tertanya-tanya, selesa atau tidak mengajar di rantau orang.
Walau dimana saja mengajar atau kita merantau, keadaan tetap sama. Masalah tetap ada. Hanya bergantung pada diri kita bagaimana untuk menangani sesuatu perkara. Selain daripada berdoa pada yang Esa, moga-moga kita di hindari dari segala kesulitan dan mudah2an kita disenangi oleh ramai orang. Maklumlah sebagai guru, berbagai kerenah kita kena tempuhi, lebih2 lagi guru-guru yang baru posting.
Gambar2 ini di ambil oleh adik saya di sekolah menengah Sri Nangka, Tuaran. Saya belum pernah lagi menjejak kaki ke sekolah ini, hanya melihat pada foto saja. Nampak selesa juga, tak seperti saya kena merentasi lautan ombak. Hanya Tuaran terletak jauh sedikit dari Kota Kinabalu (lebih kurang 40 minit perjalanan) tapi saya rasa tidak terlalu pendalaman sangat. Sepanjang perjalanan kesana, keadaan jalanraya sentiasa sibuk.








Nota: untuk famili di semenanjung, harap puas hati ye......
jgn bimbang, insyaAllah dengan doa semua, segalanya berjalan lancar.








Isnin, 9 Mac 2009

MTQ peringkat zon KK selatan

Peserta termuda sedang menyampaikan cerita, baru berumur 8 tahun. Petah bercerita, menggugat peserta yg lebih senior. Saya kagum dengan bakatnya. Murid ini dari SK Sri Gaya.
Ini pula peserta dari pertandingan nasyid. Saya teruja melihat bakat mereka yg bagi saya hebat dan menarik.

Semua peserta berkebolehan bermain alat muzik dan mempunyai vokal yang baik.


Kawan-kawan saya yang bertugas sebagai penjaga masa dan pengacara majlis bagi acara bercerita kategori perempuan.



Inilah wakil perempuan dari sekolah saya. Hanya dua orang sahaja wakil, seorang lelaki dan perempuan. Murid ini juga berbakat besar.





Saya posing bersama cikgu-cikgu Pulau Gaya yang bertugas pd hari itu.





Jumaat, 6 Mac 2009

Persiapan MTQ

Rabu,4 Mac 2009..saya bersama kawan2 dari SKPG sedang menyiapkan pentas untuk MTQ(Majlis Tadarus Al-Quran)peringkat zon Kota Kinabalu selatan yang bertempat di sk Luyang.

Pentas kami berkonsepkan arab. Untuk pentas kami letakkan replika masjid darul kaabah. Manakala untuk backdrop berlatarbelakang gambar padang pasir, unta, pohon kektus dan orang arab. Menurut kawan saya persiapan pentas termasuk dalam pertandingan dan ada anugerah yang khusus. Itu yang kami bagai nak rak menghiasnya. Bayangkan kami mengangkut barang-barang dari pulau.........semangat tu yg penting.......

Untuk acara bercerita kategori perempuan di adakan di bilik pusat sumber sk Luyang. Gambar ni ketika saya berehat bersama kawan setelah bertungkus lumus menyiapkan pentas.



Inilah rupa pentas yang telah siap. Ok tak? Kalau ada sesiapa nak ambil idea saya ni untuk di sekolah masing2.......silakan.....

Isnin, 2 Mac 2009

Jumpa kawan lama dan kenduri

Lama sungguh saya tidak update blog ni, sibuk dan tiada idea menarik nak tulis. Kawan-kawan pun sibuk tanya. Nak kata sibuk sangat tu, tak juga...........angin malas menular ni.....

Hari minggu baru-baru ni, saya dapat kad dari cikgu di Pulau Gaya, kad kahwin adik dia.Inilah pertama kali saya dapat kad semenjak menetap di Sabah. Hati berbelah bagi nak pergi pada mulanya sebab saya belum pernah ke Kg Laut, Papar. Tanya kawan-kawan samada mereka nak pergi atau tidak, jawapan yang di beri, semuanya tidak pasti. Jadi, saya dan keluarga pun tawakal je la.........kalau sampai alhamdulillah, kalau tak........makan angin je la jawabnya......

Di pendekkan cerita, sampai juga saya di Kg Laut tu. Hairan juga kawan saya yg menyambut kedatangan saya sekeluarga, kali pertama masuk kampung orang, terus sampai kerumah. Bagi saya, jalan-jalan di KK ni lebih mudah berbanding di KL.

Setelah makan (saya tak tunggu pengantin bersanding...) dan berjumpa dengan bapa pengantin, saya berangkat pulang. Saya tak boleh lama di situ sebab ada janji dengan kawan lama yang datang dari Kudat.


Dari rumah pengantin saya terus menuju ke UMS, kawan saya ada rumah di situ dan dijadikan tempat persinggahan mereka bila turun ke KK. Saya hampir menyewa rumah dia ketika sampai di Sabah. Kawasan rumah ni didiami student UMS kebanyakkannya. Masih lagi banyak yang kosong.
Sebenarnya saya dah biasa jumpa kawan baik saya ni sebab dia selalu turun KK tapi belum pernah jumpa dengan isteri dan anak2nya. Inilah kali pertama jumpa dan saya lihat isterinya seorang yang peramah, cepat mesra dan seperti sudah lama kenal. Mereka mengenali saya hanya melalui gambar2 saya bersama suaminya ketika di universiti dulu.

Biasa la kawan lama kalau jumpa, macam2 cerita timbul. Rupanya kawan saya ni baru keluar dari hospital. Patut la saya tengok dia makin kurus. Dia takde bagitau saya yang dia sakit. Katanya doktor suruh tambah berat badan, saya lihat dia memang kurus sangat. Sayang, masa jumpa tempohari saya lupa nak ambil gambar bersama untuk kenangan. Tapi takpelah, mungkin saya akan ke Kudat dalam bulan ni untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah.....