Jumaat, 6 Februari 2009

Hari ini dalam sejarah!


Hujan lebat dari semalam lagi. Saya risau memikirkan keadaan laut yang sudah pasti berombak tinggi. Sedangkan kalau cuaca elok pun dah basah kuyup, inikan pula musim hujan. Macam manalah agaknya anak-anak murid saya hendak ke sekolah? Saya terbayang bagaimana mereka meredah hutan dan bukit bukau untuk sampai ke sekolah di temani ibubapa masing-masing.

Sampai di jeti Jeselton Point, kawan-kawan saya berbincang samada perlu atau tidak kami ke sekolah hari ini. Menurut kata mereka, jika hujan berpanjangan di sertai angin kencang, bot tidak dapat meneruskan perjalanan. Tetapi keadaan angin dan ombak tenang, cuma hujan masih belum berhenti. Akhirnya kami teruskan juga perjalanan demi tugas sebagai pendidik berdedikasi, kononnya la............tengoklah para guru dengan berbaju hujannya........

Setibanya di sekolah saya dapati hanya 8 orang murid sahaja yang hadir. 3 daripadanya murid tahun 3, seorang di tahun 2 dan 3 orang murid tahun 1. Selama saya menjadi guru, saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Dalam sejarah hidup saya, peristiwa ini amat terharu melihat murid-murid saya yang berusaha datang ke sekolah walaupun perit meredah hujan. Bagaimana agaknya suasana di kampung mereka, mungkin lecak, lumpur, air pasang dan mungkin banyak lagi masalah lain yang tidak kita ketahui.

Oleh kerana P&P tidak dapat dijalankan, seorang daripada kami belanja murid-murid tadi makan di kantin kerana banyak makanan berlebihan. Kiranya datang sekolah untuk makan sambil bersantai........jam menunjukan pukul 2.30 ptg. Bot dah menanti di jeti, apa lagi.........pulangan sudah!


Ahad, 1 Februari 2009

Meeting PIBG

Sabtu lepas, saya ada menghadiri meeting PIBG. Dalam pada meeting tu saya sempat snap beberapa keping gambar kawan2 saya di pulau ini.