Khamis, 30 April 2009

Kejohanan bola tampar MSSDKK 2009































Salam sejahtera........




Lama saya tak update blog kerana kesibukan menguruskan hal-hal pindah rumah dan juga masalah 3G di sini.




Foto-foto yang tertera di atas merupakan kesinambungan pertandingan bola tampar peringkat daerah yang telah di adakan pada 16hb april tempohari, bertempat di dewan politeknik KK.




Johan di sandang oleh sk Tanjung Aru 2. Naib johan di menangi oleh sk Pulau Gaya. Ketiga pula sk Seri Gaya (kategori lelaki).




Kategori perempuan pula, di menangi sk Sri Gaya. Naib johan, sk Tanjung Aru 2, ketiga pula sk Rampaian.


Gambar-gambar ini hanya di upload sebahagian saja. Jka ada sesiapa yang ingin melihat kesemua gambar pertandingan, bolehlah berhubung dengan saya.









Rabu, 15 April 2009

Santai dgn kawan2

Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya dan teman2 sempat makan soto (makanan popular di sabah) di sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan sekolah. Dari kiri, saya, sir Cal, abang Yoko dan cikgu Mazli.
Kak Tie ni la yang belanja kami makan. Baik betul dia ni........semoga Allah murahkan rezeki padanya. Amin.....

Latihan bola tampar

Para pelatih perempuan memerhatikan pasukan lelaki berlatih...mereka memberikan sokongan dengan penuh semangat.


15hb tempohari, sehari sebelum kejohanan bola tampar bawah 12 tahun, MSSDKK 2009, pasukan bola tampar telah mengadakan latihan fasa terakhir.
Cikgu Nasrun sedang memberi tunjuk ajar kepada para pemain
latihan diadakan di gelanggang yang terletak di belakang sekolah. para pemain bersungguh2 berlatih bagi memastikan pasukan sekolah menjadi johan.

Para pemain menunjukkan komitmen yang baik semasa sesi latihan dijalankan. Walaupun mereka budak panggilan pulau...tapi mereka sungguh berbakat dalam permainan bola tampar....sebab bola tampar sudah menjadi salah satu permainan tradisi penduduk di Pulau Gaya.


Saya bersama Sir Faisal sedang memerhatikan murid-murid berlatih...berlatar belakang panorama yang indah...teringat pulak lagu "Hijau" nyanyian Zainal Abidin. hehe....indah ke? tak kisah la.......yang penting tanggung jawab kita sebagai pendidik....

Sabtu, 11 April 2009

Sambutan MAULIDUR RASUL 1430H

Sebelum sampai ke jeti skpg, sempat saya snap gambar SMK Pulau Gaya yang terletak bersebelahan dengan sekolah saya.
Ini merupakan jeti skpg. Disinilah saya jejakkan kaki selepas turun dari bot. Semua guru dari KK akan turun dan naik dari jeti ini.
9hb april tempohari, skpg telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Kami bertungkus lumus menyiapkan pentas sehari sebelum majlis bermula. Pokok hiasan itu kami pinjam depan pejabat, pokok betul tu, bukan plastik.........Pentas ini di bina di atas Teratak Warisan, skpg.
Untuk memberkati majlis, di mulakan dengan membaca doa.
Di sini, tak sama keadaannya seperti di sekolah lama saya. Kalau dulu sambutan seperti ini di adakan di foyer atau dewan. Tapi kami berbumbungkan kanopi sambil menghirup udara segar dari laut............walau bagaimanapun saya bersyukur hasil kerjasama kawan-kawan, kami berjaya juga melaksanakannya dengan baik.
Sebahagian peserta mempersembahkan nasyid.
Para juri sedang menilai persembahan peserta.
Selain daripada nasyid, ada juga acara bercerita, hafazan dan tilawah al Quran.
Inilah laluan anak-anak murid saya bila pergi dan balik dari sekolah. Bayangkanlah mereka terpaksa menempuh kesukaran mendaki bukit, bukan satu bukit, malah paling jauh mereka terpaksa merentasi tiga bukit untuk sampai ke sekolah.
Mereka di temani oleh ibubapa masing-masing setiap hari dari pagi hingga waktu pulang. Begitulah pengorbanan mereka untuk kebaikan masa depan anak-anak.