Sabtu, 13 Jun 2009

Hiburkan hati di Sandakan

Assalammualaikum..............

Dua minggu berlalu cuti sekolah........saya tidak dapat pulang ke semenanjung kerana.....ehem...faham2 aje la......tapi pada minggu pertama cuti saya hanya berulang alik ke Sutera Harbour kerana menghantar anak holiday camp selama 3 hari.

Pilihan saya bercuti kali ni............Sandakan....ntah kenapa hati saya teringin sangat untuk melihat bandar Sandakan dan paling penting nak melihat orangutan di Sepilok. Anak saya apa lagi..........dah memang tak sabar nak melihat gelagat orangutan ni.



Foto2 ni adalah sebahagian saja yang saya upload untuk tatapan kawan2.


Nakal sungguh si kecil ni...........dah la tak pakai underwear, tamak pulak tu......





ni pula asyik mintak sayur kacang je............sampai nak seluk poket saya.....






heheh......garu kepala tak dapat kacang........




sekor ni pemalu kot...........asyik nyorok atas pokok je..........


Di Labuk Bay..............ni spesis hidung panjang, sedang mengadap hidangan pukul 11.30 am. Sopan je mereka makan, tak berebut2 macam kera tu.........



Saya rasa, ketua kumpulan ni la yang paling besar dan segak. Memandangkan hidungnya yang mancung tu, mesti susah nak minum air kan?





ini kumpulan lain pula, yang bagusnya ketua mereka ni............dia biarkan anak2 buah makan dulu, bila semua dah ok, barulah dia duduk makan bersama....





apalah yang di buatnya kat celah pokok tu? berbincang tentang masa depan kot..........



Saya yang tak berapa nak 'macho' ni di depan pintu Labuk Bay....





Ketika di Ranau saya menginap di Hotel Orchid. Nasib baik masih ada kosong, itupun tinggal 2 bilik je yang ada. Di bawah hotel ada kedai makan, jadi tak perlulah saya cari kedai lain.




Paling seronok bila saya dapat bermain dengan ikan kelah yang jinak di Kampung Luanti, Sg Morali. Hanya RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2. Itu kalau rendam kaki, jika satu badan berendam, RM10. Masa di beri 15 minit dan makanan ikan ada dijual di situ.





yang bestnya, ikan kelah ni tak menggigit...........cuma rasa geli2 je bila terlampau banyak berkumpul di kaki saya.






insyaAllah, jika tiada aral, saya ingin kesana lagi..........




'teringat zaman kanak2 dulu, betapa seronoknya kalau jumpa tempat macam ni...'







Dari Kg Luanti, saya ke Poring Hot Spring. Kali ni teringin naik jambatan gantung atau Canopy walk kat sana.





Tak dapat saya bayangkan betapa ngerinya saya ketika memijak titi jambatan gantung buat kali pertama. Lutut rasa longlai tapi saya teruskan juga sebab tak mungkin nak berpatah balik (buat malu geng je.....)





Anak saya ok je masa melalui jambatan ni, padahal dia tu paling penakut dalam dunia....



belum sampai atas, boleh la berposing bagai!! muka pun belum 'tukar kaler' lagi...........





dengan bangganya saya nak beritau semua orang yang saya dah melepasi tahap kritikal tadi.....lega nak turun ke bawah...........



masa naik bukit ni, saya kenal sorang makcik (yang belakang saya tu) dari Perak, tak sangka dia masih larat mendaki bukit sambil bersembang dengan saya. umur dah 60an rasanya......cayalah....saya respect kat dia.......




Dah sampai bawah..........minum air dulu untuk segarkan balik sendi2 yang nak tanggal rasanya....
Saya akan sambung kemudian...........tak larat nak ngadap komputer nih!! mengantuk....