Rabu, 28 Januari 2009

Bercuti di Lahad Datu dan Tawau

Assalammualaikum kawan2 semua............





Cuti chinese new year tempohari, saya ke Lahad Datu dan Tawau kerana isteri saya ada kakak tiri di sana. Dapatlah saya melihat bandar Lahad Datu (tapi tak sempat melihat keseluruhannya kerana masa tak cukup) dan bandar Tawau yang terletak di tepi laut. Gambar di atas saya bersama anak saudara dari Lahad Datu, lepak sekejap sebelum ke pasar besar Tawau.
Gambar yg pertama tu berlatar belakangkan kabus tebal, ketika tu hujan lebat dari Lahad Datu hingga ke Ranau. Konon nak gambar dgn gunung kinabalu tapi hampeh!! gunungnya tak nampak langsung............bagaimanapun saya tak kira, mesti snap sekeping dua.

Di pasar Tawau saya hanya beli barang penting saja seperti tikar getah yang saya pegang tu berharga RM18. Kalau di KK, RM28. Mahal kan? Ada juga beli ikan bilis, ikan keropok, keropok belinjo pedas dan tidak pedas. Mungkin sebelum balik semenanjung, bolehlah saya beli lebih untuk keluarga di sana. Apa yang boleh saya katakan disini, pasarnya bersih dan tersusun.



Gambar di atas pula ketika saya singgah di pekan Nabalu. Itu pun sebab nak beli keropok dan buah limau untuk makan dalam kereta. Takde beli souvenir pun. Macam mahal je......



Kalau di KK, puncak gunung dapat dilihat waktu pagi saje. Tapi sepanjang perjalanan ke Lahad Datu, dapatlah saya melihat dengan jelas. Cuaca pula panas tapi sayang, saya tak sempat berhenti untuk berfoto. Mungkin lain kali.



Rabu, 21 Januari 2009

SKPG

Kawan-kawan baru saya, bergambar di jeti, sebelum menaiki bot. Smart je..........bila dah naik bot, huh...basah kuyup.....yg sebelah hujung sekali tu la kawan saya semasa di universiti. Sekarang kami bergabung kembali tapi dalam situasi berbeza, masing-masing dah berkeluarga. Dia baru mengajar di pulau ni.
Pemandangan di jeti, sebelum ke seberang.

huhu....kawan baru saya yang 'macho', ada sesiapa nak kenal?



Gambar di bilik guru. Hensem kan cikgu ni!!


Anak murid 'pulau' saya............harap-harap menjadi harapan bangsa!!




Tempat kami berehat melepaskan lelah sambil memerhati keindahan laut luas.





Pelik kan sekolah ni? Bayangkan kalau tsunami datang, dah tentu bergegar kelas ni. Tapi minta di jauhkan perkara tu.............saya berdoa setiap hari agar perjalanan saya pergi dan balik dalam keadaan selamat. Amin.







Jambatan Tamparuli

Balik dari Pantai Dalit, saya singgah di Tamparuli, menghantar adik yang mengajar di sana. Singgah kejap di pekan koboi ni, sempat la saya naik jambatan yang sering jadi lagu kebanggaan orang Sabah. Ngeri juga rasanya nak menyeberang ke sana, saya hanya separuh jalan saje....

Pantai Dalit

Hari minggu lepas, saya ke Pantai Dalit, Tuaran. Makcik ada seminar di sana jadi saya dan famili tumpang sekaki berfoto bagai. Anak saya bermalam di hotel, Rasa Ria Resort bersama dengan anak makcik. Seronok dia........kalau nak harap ayah dia, entah bila agaknya! Gambar di atas tu saje berehat, letih memandu dari KK ke Tuaran, bukan dekat tau!!

Gambar sekitar kolam renang di resort. Suasana aman damai, tak ramai sangat pengunjung, ramai pelancong mat saleh je. Tak dapat la saya mandi dengan anak di sini, sebab tak bawa swimming trunk.....hehe.....

Pantai Dalit yang putih bersih, tiada sampah kelihatan. Ombak besar ketika saya mengambil gambar, jam menunjukkan pukul 11 pagi.


Ahad, 18 Januari 2009

HARI KE-6 DI SKPG

assalamualaikum...kejap lagi saya akan menuju ke medan perjuangan saya di skpg(SK Pulau Gaya la ) pukul 11.45 am kene bergegas ke jeti..lebih kurang 10 minit sampaila di jeti..sampai sana lepak ngan kekawan minum air dan pekene soto dulu...sebab kalau di SKPG bersaing ngan parent makan kat kantin...dia org yg habiskan makanan..lebih kurang 12.00 tgh hingga 12.30 tgh time bot-bot ke SKPG jalan..kita org bersiap sedia ngan baju hujan masing2, walaupun tak hujan...maklumla percikan ombak...kan sekolah di pulau katakan.

Jumaat, 16 Januari 2009

mencabar kesabaran

Jumaat lepas, genap 5 hari saya mengajar di Pulau Gaya. Berbagai rintangan yang saya tempuhi sepanjang 5 hari tu. Parking kereta di tempat yg tak berbumbung, tapi kini dah ada pas untuk parking kereta. Jalan jem sepanjang pulang dari sekolah walau hanya 10 minit saja dari jeti kerumah saya.

Sekarang ni musim hujan setiap hari. Paling membimbangkan saya ketika menaiki bot dengan ombak yang kuat, hingga basah seluruh baju dan seluar dengan air masin. Hari-hari saya terpaksa mengepit baju hujan. Kasut pun tak boleh guna yang mahal, simple saja.

Selama beberapa hari mengajar di situ, memang satu pengalaman 'pelik' bagi saya. Pelajar disana belajar sambil di tunggu oleh para ibubapa sehingga habis waktu belajar. Kadang kala saya pun tidak selesa kerana 'pemandangan' sebegini. Pukul 5 tepat, dah tarik tangan anak masing2, ajak balik. Mereka tak peduli pada guru-guru yang terpacak di depan mereka. Sambil belajar, boleh main ikut suka pula ni......kalau di sekolah lama saya, dah lama kena rotan mereka ni. Tapi di tempat orang ni (menurut kata2 kawan di sini) tak boleh buat anak mereka begitu, sensitif.......

Paling lucu masa saya menggunakan tandas di situ. Faham2 je la.....kalau dah sekolahnya di bina di kawasan berair, dah tentu 'benda alah' tu terus 'terjun' ke laut. Rasa macam tinggal di kawasan pendalaman pula, sedangkan antara sekolah dengan bandar KK hanya memakan masa 5 minit menaiki bot.

Gambar di Pulau akan saya upload kemudian.....

Selasa, 6 Januari 2009

Pulau Gaya.....


Assalammualaikum...


Nampaknya tahun ni adalah tahun paling mencabar bagi saya sebagai seorang guru. Panggilan pulau.......Pulau Gaya.....saya akan mengajar di sekolah kebangsaan Pulau Gaya. Saya akan menyeberangi lautan, menaiki bot untuk sampai ke sana. Bagaimana suasana di sana, tidak dapat saya ceritakan di sini sekarang.


Apa yang saya tahu, saya ada seorang kenalan di universiti dulu dan sekarang dia mengajar di Pulau Gaya juga. Malam tadi saya ada juga bertanya dengan dia serba sedikit bagaimana nak ke pulau. Kedengaran suaranya begitu gembira bila saya nyatakan akan mengajar di sekolah yang sama dengan dia. Hubungan kami memang erat satu ketika dulu. Kini, kami 'bergabung kembali'........