Isnin, 17 Ogos 2009

Renew road tax


Ini adalah tahun pertama saya renew road tax di Sabah. Setelah selesai dengan insurance, saya terus ke pejabat pos (saya fikir boleh terus buat di sini), rupanya tidak........saya kena pergi JPJ di Jalan Bundusan sana. Nasib baik orang tak ramai macam di KL. Tak sampai beberapa minit, dah selesai.
Bagaimanapun saya tak dapat ke sekolah hari ni kerana jam telah pun menunjukkan 11.30 pagi, mana nak balik tukar baju lagi........tentu tak sempat. Terpaksalah saya ambil cuti hari ni, cuti mengejut!! Jika saya terlepas bot pukul 12.00, saya kena naik bot lain dan tambangnya bukan lagi RM1.50 tapi RM10........huhu....rugi wooo......Ikutkan hati, memang saya taknak ambil cuti, tapi tak sangka pula macam ni jadinya.
Paling saya suka, tahun ni saya tak banyak keluar duit untuk insurance dan road tax. Alhamdulillah..........

Rabu, 5 Ogos 2009

Kenangan Kriket

keratan akhbar drp Metro tahun lepas
Bila membaca surat khabar tentang kriket, saya terkenang kembali saat bersama anak murid dan kawan2 yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan kejohanan kriket mini worldcup pada tahun lalu.
Gambar berdiri dari kiri yang ke 4 ialah cikgu Mohamad Baru dari Sabah yang kini mengajar di Sk.Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dua dari kanan pula.......ehem2 (yg macho la tu...) tuan punya blog, sape lagi....saya la.......
Di sebelah saya pula, Pengarah Eksekutif Sports Unite, Datuk Dina Rizal. Ada juga jurulatih kriket Malaysia iaitu Encik Satchi.