Sabtu, 23 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU

23hb Mei 2009,Sabtu...SKPG telah mengadakan Sambutan Hari Guru.Majlis itu diadakan di Teratak Warisan SKPG.Ini merupakan tahun pertama saya menyertai sambutan Hari Guru di SKPG.Walaupun tidak banyak acara yang diadakan,tetapi ia tetap meriah.Semua guru memberikan komitmen untuk menjayakan majlis tersebut.




















Gambar di atas kelihatan murid-murid SKPG sedang memerhatikan acara yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.Walaupun mereka tidak dapat berada dalam dewan seperti sekolah lain,mereka tetap setia dan gembira melihat guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik mereka selama ini.


Manakala gambar seterusnya pula merupakan sebahagian guru-guru SKPG yang macho...dan mereka semua bukan cincai..you are the bestla geng...bila najk main boling lagi...saya dah ketagih ni...kata abang Yoko...




Orang yang berada di sebelah saya ialah Guru Besar SKPG iaitu Encik Jasmen Bin Elahan.

















Para guru SKPG sedang menyampaikan lagu "Guru Malaysia"suara mereka memang bestla...tapi pitching lari la....


Guru-guru SKPG bergaya dengan hadiah yang diperolehi daripada murid-murid..banyaknya hadiah tu...macam mana nak naik bot nanti...berat tu...bagi-bagi la....

















Gambar berikut kelihatan guru-guru perempuan sedang menentang murid-murid dalam acara bola baling.Perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan guru la...siapa lagi.


Manakala guru-guru lelaki telah memberikan sokongan kepada pasukan guru perempuan.Sebab tu la mereka menang.


Tiga gambar di atas kelihatan pasukan guru lelaki menentang murid-murid.Perlawanan itu juga telah dimenangi pasukan guru.Mestila menang guru-guru lebih tinggi daripada murid.Apa lagi kena belasahla...kesian..takpe tahun hadapan boleh cuba lagi.

















Kawan-kawan sedang menunggu bot untuk pulangan.Gambar sebelah kanan kelihatan Guru Penolong Kanan Petang SKPG, iaitu Cikgu Zaki ( yang duduk di sebelah botman tu )