Isnin, 12 Oktober 2009

Aidilfitri dah berlalu...


Salam sejahtera.....


Lama tak update blog saya ni, malas bercampur dengan masa yang tak mengizinkan (sibuk sangat ke? tak juga.....). Keseronokan beraya masih terasa lagi dalam diri saya kerana tahun ini kami beraya di KL dahulu. Penuh aktiviti saya sepanjang di semenanjung.


Di kampung saya pula ketika pulang tempohari, musim rambutan melanda. Durian, hanya tinggal saki baki saja. Dapat juga la merasa sedikit durian belakang rumah saya. Paling best bila dapat minum air kelapa, nyamannya............walaupun di sini banyak jual kelapa muda tapi tak sama keenakkan pokok sendiri (tak kena bayar!)


Ketika hari raya ke 3, kami (adik beradik) dapat bertemu dan berkumpul beramai2. Inilah masa paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bila jarang berjumpa kerana tinggal berjauhan. Ada yang di KL, Kedah, Johor dan saya dua beradik di Sabah.
Pulang ke Sabah.........saya ada memanggil beberapa orang kawan datang ke rumah, makan2 sambil mengukuhkan lagi hubungan persahabatan kami. Saya minta maaf sekiranya layanan saya tidak memuaskan hati kawan2 semua. Harap semuanya maklum yang saya ni baru menetap di sini dan ada banyak barang keperluan yang belum dapat kami sediakan seperti meja makan dan lain2 (masa member2 datang hari tu kena duduk bersila, kampung style baa....)
InsyaAllah......tahun depan kita berkumpul lagi, tapi saya harap kawan2 yang lain pun akan sama2 memeriahkan 'rumah terbuka' kita. Maksudnya, kita bergilir2 buat rumah terbuka.......amacam? Setuju?