Sabtu, 11 April 2009

Sambutan MAULIDUR RASUL 1430H

Sebelum sampai ke jeti skpg, sempat saya snap gambar SMK Pulau Gaya yang terletak bersebelahan dengan sekolah saya.
Ini merupakan jeti skpg. Disinilah saya jejakkan kaki selepas turun dari bot. Semua guru dari KK akan turun dan naik dari jeti ini.
9hb april tempohari, skpg telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Kami bertungkus lumus menyiapkan pentas sehari sebelum majlis bermula. Pokok hiasan itu kami pinjam depan pejabat, pokok betul tu, bukan plastik.........Pentas ini di bina di atas Teratak Warisan, skpg.
Untuk memberkati majlis, di mulakan dengan membaca doa.
Di sini, tak sama keadaannya seperti di sekolah lama saya. Kalau dulu sambutan seperti ini di adakan di foyer atau dewan. Tapi kami berbumbungkan kanopi sambil menghirup udara segar dari laut............walau bagaimanapun saya bersyukur hasil kerjasama kawan-kawan, kami berjaya juga melaksanakannya dengan baik.
Sebahagian peserta mempersembahkan nasyid.
Para juri sedang menilai persembahan peserta.
Selain daripada nasyid, ada juga acara bercerita, hafazan dan tilawah al Quran.
Inilah laluan anak-anak murid saya bila pergi dan balik dari sekolah. Bayangkanlah mereka terpaksa menempuh kesukaran mendaki bukit, bukan satu bukit, malah paling jauh mereka terpaksa merentasi tiga bukit untuk sampai ke sekolah.
Mereka di temani oleh ibubapa masing-masing setiap hari dari pagi hingga waktu pulang. Begitulah pengorbanan mereka untuk kebaikan masa depan anak-anak.

0 ulasan: