Isnin, 17 Ogos 2009

Renew road tax


Ini adalah tahun pertama saya renew road tax di Sabah. Setelah selesai dengan insurance, saya terus ke pejabat pos (saya fikir boleh terus buat di sini), rupanya tidak........saya kena pergi JPJ di Jalan Bundusan sana. Nasib baik orang tak ramai macam di KL. Tak sampai beberapa minit, dah selesai.
Bagaimanapun saya tak dapat ke sekolah hari ni kerana jam telah pun menunjukkan 11.30 pagi, mana nak balik tukar baju lagi........tentu tak sempat. Terpaksalah saya ambil cuti hari ni, cuti mengejut!! Jika saya terlepas bot pukul 12.00, saya kena naik bot lain dan tambangnya bukan lagi RM1.50 tapi RM10........huhu....rugi wooo......Ikutkan hati, memang saya taknak ambil cuti, tapi tak sangka pula macam ni jadinya.
Paling saya suka, tahun ni saya tak banyak keluar duit untuk insurance dan road tax. Alhamdulillah..........

0 ulasan: