Sabtu, 8 Mei 2010

Terlupa ada blog....

Assalammualaikum,

Apa khabar semua......fuh..lama betul saya tak update blog ni. Gara2 lupa password, terbengkalai blog saya ni. Entry terakhir raya tahun lepas sampai sekarang saya tak sempat nak catit kisah saya dalam blog. Maaf la pada teman2 yang berkunjung ke sini. Selepas dah jumpa password saya ni, insyaAllah saya akan 'rajin' update.

Apa nak cerita ye? Kisah musim panas yang melanda di Sabah, sama juga seperti di Semenanjung. Cuma akhir2 ni ada sikit belas kasihan hujan turun dengan lebatnya setiap petang. Jadi, sediakan payung sebelum hujan atau sediakan baju hujan untuk cikgu macam saya ni yang kena naik bot setiap hari.

Sebenarnya saya ni dah tak sabar menanti cuti sekolah pertengahan tahun bulan June nanti. Sebabnya? saya dan keluarga akan terbang pulang bercuti dikampung selama hampir 3 minggu. Tak dapat saya gambarkan betapa saya rindukan mak abah dan adik beradik. Walaupun handphone menjadi penghubung kami, belum cukup bagi saya meleraikan rindu itu.

Saya terliur nak makan nasi kerabu, laksam, taufu fa, cendol dan sebagainya. Di Sabah ni susah nak jumpa. Kalau ada pun tak sama seperti di kampung sendiri.

Setakat ni dulu tulisan saya. Kita jumpa lagi nanti.....pasti banyak cerita dari kampung...

0 ulasan: