Selasa, 31 Mac 2009

SMK SRI NANGKA, TUARAN






































Assalammualaikum............
Lama sungguh saya tidak menulis kerana tiada idea menarik buat masa ini. Ini pun saya upload gambar-gambar sekolah adik lelaki saya yang bertugas sebagai guru juga di Sabah. Saya memahami perasaan emak dan abah serta keluarga di semenanjung yang tidak tau bagaimana keadaan anaknya yang baru mengajar. Mesti mereka bimbang memikirkan atau tertanya-tanya, selesa atau tidak mengajar di rantau orang.
Walau dimana saja mengajar atau kita merantau, keadaan tetap sama. Masalah tetap ada. Hanya bergantung pada diri kita bagaimana untuk menangani sesuatu perkara. Selain daripada berdoa pada yang Esa, moga-moga kita di hindari dari segala kesulitan dan mudah2an kita disenangi oleh ramai orang. Maklumlah sebagai guru, berbagai kerenah kita kena tempuhi, lebih2 lagi guru-guru yang baru posting.
Gambar2 ini di ambil oleh adik saya di sekolah menengah Sri Nangka, Tuaran. Saya belum pernah lagi menjejak kaki ke sekolah ini, hanya melihat pada foto saja. Nampak selesa juga, tak seperti saya kena merentasi lautan ombak. Hanya Tuaran terletak jauh sedikit dari Kota Kinabalu (lebih kurang 40 minit perjalanan) tapi saya rasa tidak terlalu pendalaman sangat. Sepanjang perjalanan kesana, keadaan jalanraya sentiasa sibuk.








Nota: untuk famili di semenanjung, harap puas hati ye......
jgn bimbang, insyaAllah dengan doa semua, segalanya berjalan lancar.








0 ulasan: