Isnin, 2 Mac 2009

Jumpa kawan lama dan kenduri

Lama sungguh saya tidak update blog ni, sibuk dan tiada idea menarik nak tulis. Kawan-kawan pun sibuk tanya. Nak kata sibuk sangat tu, tak juga...........angin malas menular ni.....

Hari minggu baru-baru ni, saya dapat kad dari cikgu di Pulau Gaya, kad kahwin adik dia.Inilah pertama kali saya dapat kad semenjak menetap di Sabah. Hati berbelah bagi nak pergi pada mulanya sebab saya belum pernah ke Kg Laut, Papar. Tanya kawan-kawan samada mereka nak pergi atau tidak, jawapan yang di beri, semuanya tidak pasti. Jadi, saya dan keluarga pun tawakal je la.........kalau sampai alhamdulillah, kalau tak........makan angin je la jawabnya......

Di pendekkan cerita, sampai juga saya di Kg Laut tu. Hairan juga kawan saya yg menyambut kedatangan saya sekeluarga, kali pertama masuk kampung orang, terus sampai kerumah. Bagi saya, jalan-jalan di KK ni lebih mudah berbanding di KL.

Setelah makan (saya tak tunggu pengantin bersanding...) dan berjumpa dengan bapa pengantin, saya berangkat pulang. Saya tak boleh lama di situ sebab ada janji dengan kawan lama yang datang dari Kudat.


Dari rumah pengantin saya terus menuju ke UMS, kawan saya ada rumah di situ dan dijadikan tempat persinggahan mereka bila turun ke KK. Saya hampir menyewa rumah dia ketika sampai di Sabah. Kawasan rumah ni didiami student UMS kebanyakkannya. Masih lagi banyak yang kosong.
Sebenarnya saya dah biasa jumpa kawan baik saya ni sebab dia selalu turun KK tapi belum pernah jumpa dengan isteri dan anak2nya. Inilah kali pertama jumpa dan saya lihat isterinya seorang yang peramah, cepat mesra dan seperti sudah lama kenal. Mereka mengenali saya hanya melalui gambar2 saya bersama suaminya ketika di universiti dulu.

Biasa la kawan lama kalau jumpa, macam2 cerita timbul. Rupanya kawan saya ni baru keluar dari hospital. Patut la saya tengok dia makin kurus. Dia takde bagitau saya yang dia sakit. Katanya doktor suruh tambah berat badan, saya lihat dia memang kurus sangat. Sayang, masa jumpa tempohari saya lupa nak ambil gambar bersama untuk kenangan. Tapi takpelah, mungkin saya akan ke Kudat dalam bulan ni untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah.....

0 ulasan: