Jumaat, 16 Januari 2009

mencabar kesabaran

Jumaat lepas, genap 5 hari saya mengajar di Pulau Gaya. Berbagai rintangan yang saya tempuhi sepanjang 5 hari tu. Parking kereta di tempat yg tak berbumbung, tapi kini dah ada pas untuk parking kereta. Jalan jem sepanjang pulang dari sekolah walau hanya 10 minit saja dari jeti kerumah saya.

Sekarang ni musim hujan setiap hari. Paling membimbangkan saya ketika menaiki bot dengan ombak yang kuat, hingga basah seluruh baju dan seluar dengan air masin. Hari-hari saya terpaksa mengepit baju hujan. Kasut pun tak boleh guna yang mahal, simple saja.

Selama beberapa hari mengajar di situ, memang satu pengalaman 'pelik' bagi saya. Pelajar disana belajar sambil di tunggu oleh para ibubapa sehingga habis waktu belajar. Kadang kala saya pun tidak selesa kerana 'pemandangan' sebegini. Pukul 5 tepat, dah tarik tangan anak masing2, ajak balik. Mereka tak peduli pada guru-guru yang terpacak di depan mereka. Sambil belajar, boleh main ikut suka pula ni......kalau di sekolah lama saya, dah lama kena rotan mereka ni. Tapi di tempat orang ni (menurut kata2 kawan di sini) tak boleh buat anak mereka begitu, sensitif.......

Paling lucu masa saya menggunakan tandas di situ. Faham2 je la.....kalau dah sekolahnya di bina di kawasan berair, dah tentu 'benda alah' tu terus 'terjun' ke laut. Rasa macam tinggal di kawasan pendalaman pula, sedangkan antara sekolah dengan bandar KK hanya memakan masa 5 minit menaiki bot.

Gambar di Pulau akan saya upload kemudian.....

0 ulasan: